pesan terakhir Rassullah saw

di laptop gw, ada suatu aplikasi dalam bahasa melayu, waktu-waktu solat.
setiap gw ngebuka ni aplikasi ada nasehatnya, dan nasehat hari ini...


Dari Al-'Irbaadh bin Sariyah ra, katanya Rasulullah telah menasihati dan mengingati kami, pada suatu hari lepas sembahyang Subuh dengan satu nasihat dan peringatan yang sangat-sangat mendalam dan berkesan, yang menjadikan (pendengar-pendengarnya) menitiskan air mata dan menjadikan hati (mereka) gerun gementar. Lalu berkatalah salah seorang lelaki (di antara kami) "Sesungguhnya nasihat ini nasihat orang yang memberi selamat tinggal, maka apakah pesanan yang tuan hendak pesankan kepada kami ya Rasulullah?" baginda menjawab: "Aku berpesan kepada kamu dengan takwa kepada Allah, dan mendengar serta taat kepada (pemerintah kamu) sekalipun dia seorang hamba bangsa Habsyi, kerana sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup (selepas ku) akan melihat perselisihan yang banyak, dan (dengan yang demikian) berjaga-jagalah kamu, jauhkanlah diri dari perkara-perkara yang baharu (yang diada-adakan dalam agama), kerana sesungguhnya perkara-perkara itu adalah sesat; oleh itu sesiapa di antara kamu yang berada di zaman berlakunya yang demikian, maka hendaklah ia menurut jalanku dan jalan khalifah-khalifah (ku) yang mendapat pimpinan lagi beroleh hidayat petunjuk; berpegang teguhlah kamu kepadanya dengan seteguh-teguhnya." (Tirmizi)

semoga pembaca dapat apa yang disampaikan ini.

Comments

Popular posts from this blog

random

nak pulang nak.... pulang...

Lighting